Monday, January 24, 2011

Larangan Orang Islam Bekerja Di Premis Menjual Dan Menyediakan Arak

Tiada kompromi atas isu orang islam yang diambil bekerja di premis yang menjual serta mengedarkan minuman arak. Apa yang dilaksanakan oleh MBSJ sebagai satu larangan dalam peraturan PBT keatas premis pernigaan berkaitan sewajarnya disokong dan dipuji. Kenyataan YAB MB selangor bahawa larangan tersebut bukan satu peraturan tetap tetapi sekabar panduan pun tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dikuatkuasakan. Pekerja Islam yang terlibat dalam premis perniagaan yang melibatkan arak itupun sangat faham akan hukum berkaitan , mereka bukannnya mualaf yang baru memelok Islam yang perlukan masa merubah sikap dan mendalami agama dengan lebih mendalam. Ada banyak pilihan kerja untuk mereka pilih sebelum mereka terjebak dalam premis perniagaan berkaitan.

Dan tidak sepatutnya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang diamanahkan dalam urusan PBT iaitu YB Ronnie Liu menarik-balik larangan yang cuba dikuatkuasakan itu. Hal ini adalah berkaitan hukum larangan yang qat'i ke atas orang Islam dalam isu Arak dan ianya bukan sekadar isu premis perniagaan semata-mata. Sepatutnya Yb berkaitan sensitiviti umat Islam serta meraikan larangan yang dikenakan tersebut. Ia tidak melibatpun kebebasan orang bukan Islam untuk membeli dan meminum arak yang menjadi umum amalan mereka.

Dan kenyataan dari parti yang menjadi pembangkang di Negeri Selangor berkaitan isu larangan tersebut dan menyalahkan Kerajaan yang ada sekarang difahami. Mereka yang memerentah terdahulu pun tidak mengambil langkah yang pro-aktif bagi mengatasinya. Sebagai contoh mereka sangat sensitif dengan isu seorang peguam bukan Islam yang mempertikaikan kuatnya laungan azan sebuah masjid di Kg Kerinci , KL. Maka berkumpul lah segala juak hulubalang mereka berdemonstrasi menunjukkan bantahan mereka , persoalannnya mereka tidak pula prihatin atau ambil kesah langsung apabila tidak ramainya pula anak kariah hadir bersaf-saf mendirikan solat apabila azan itu selesai dilaungkan.....apakah intipati sebenarnya dari laungan aza tersebut...

Persoalan yang timbul juga ialah dimana peranan parti PAS sebagai rakan kongsi politik dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini. Kecuali kenyataan dari YB Exco Dato' Hassan Ali dan Tuan Guru Nik Aziz tiada satu kenyataan yang konkrit atau tindakan yang pro-aktif secara menyeluruh dari kesemua pimpinan PAS terutama pimpinan muda mereka yang memperjuangkan larangan berkaitan isu pekerja Islam yang bekerja di premis perniagaan yang menjual dan menyediakan arak ini. Apakah dengan terlalu berpegang dengan konsep ' tahaluf siasi ' dalam pendekatan mereka terhadap pakatan pemerentahan mereka dengan PKR dan DAP sehingga isu-isu yang qat'i ini pun mereka ambil remeh. Sekiranya dalam persoalan yang qat'i seperti inipun PAS tidak menunjukkan sikap dan gerak kerja pro-aktif mereka dalam membela isu-isu Islam apakah yang kita harapkan kepada PAS yang selama ini digambarkan sebagai parti politik yang berdasarkan siasah Islam. Jangan terlalu mahu menjaga perasaan mahukan sokongan daripada pengundi bukan Islam sehinggakan perkara PRINSIP ISLAM pun dianggap tidak penting lagi. PAS sebagai sebahagian daripada komponan parti yang memerintah Selangor , sepatutnya dominan dalam isu-isu Islam. Dalam kesempatan yang ada dan kemampuan yang ada inilah PAS sewajarnya memperbaiki serta merungkai dan menambah nilai semula semua amalan mahupun peraturan yang diimplimentasikan selama ini oleh kerajaan terdahulu kepada satu sistem nilai yang LEBIH ISLAMIK dalam pendekatan cara dan sifatnya sesuai dengan dasar ISLAM yang mereka perjuangkan.

Apakah dengan kenyataan salah seorang pimpinan AJK Pas Pusat dalam satu majlis dialog . yang mengatakan bahawa perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM hanyalah sekadar satu ' IMPIAN ' PAS selama-lamanya memberikan kita alamat bahawa isu NEGARA ISLAM atau segala sesuatu yang berkaitan dengan prinsip perjuangan ISLAM bukan lagi menjadi teras kepada halatuju PAS ataupun sudah tidak relevan lagi dalam survival politik PAS makanya kita dapati PAS tidak lagi peka atau mempertahankan isu-isu ISLAM sebagaimana sepatutnya mereka berperanan. Perjuangan Islam PAS akan hancur sekira kepimpinannya diwarisi oleh peminpin yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.yang memperlihatkan dalam tersiratnya bahawa betapa dangkalnya mentaliti serta kurang yakinnnya beliau sendiri terhadap keupayaan ISLAM. Makanya beliau di alu-alukan untuk memilih parti lain selain PAS yang jelas tidak meletakkan ISLAM itu sebagai ' IMPIAN ' dalam perjuangan mereka.

Apakah PAS sudah mula mahu mengkesampingkan dasar ISLAM yang termaktub dalam perlembagaan partinya dan bersedia mewarnainya jiwanya menjadi parti politik seperti mana parti -parti politik lainnya serta bersedia untuk bergelumang dengan 1001 pendekatan prinsip ' politik machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara ' yang menjadi strategi parti-parti politik yang tiada ruh agama dewasa ini. Apakah PAS sekarang hanya berjuang sekadar untuk menambah kerusi pilihanraya semata-mata tanpa lagi ada seruan pahala dan dosa serta iman dan taqwa yang menjadi intipati suara hati para pejuangnya. Apakah PAS sekadar terlalu ghairah mahukan sokongan pengundi hinggakan terlalu takut menampilkan suara ISLAM yang sekian-kalinya menjadi ' trademark ' nya seperti terdahulu dengan lebih bertenaga tanpa takut dengan celaan orang yang mencela. Apakah dengan sedikit kemenangan yang dikurniai Allah swt di negeri-negeri yang diperentahnya sekarang bersama kerajaan Pakatan RAKYAT dimana ahli Pas dilantik sebagai Ahli Majlis PBT , menerajui agensi-agensi mahupun syarikat-syarikat dibawah Kerajaan Negeri dan lain-lain jawatan eksekutif pentadbiran maka PAS telah mula mengkesampingkan jati diri perjuangan ISLAM nya dan menghambat ' HABUAN DUNIAWI ' yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Mengapakah PAS tidak lagi menjadi parti yang dominan dalam isu-isu ISLAM yang diperjuangkannya sehingga PAS seolah-olah kelihatan lesu dalam isu-isu tersebut dan seolah-olah mejadi parti yang ' melukut ditepi gantang ' dalam tahaluf siasi bersama kerajaan Pakatan Rakyat.dalam arus perdana politik negara.

Bangun lah kembali kepada motto perjuanganmu ' MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ' jangan biarkan sekumpulan kepimpinan mu yang lebih cenderung hatinya kepada ' pemimpin agung ' mereka diluar parti yang menghadapi masalah moral yang kronik merubah PAS menjadi ' PARTI TUPPERWARE '

wal aqibatul lil muttaqin.

Thursday, October 29, 2009

KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PAS PUSAT BERKAITAN EGM

Salam Keimanan ,

Alhamdulillah semalam telah selesai Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat berkaitan EGM yang dicadangkan oleh TGNA yang menjadi isu kontroversi dikalangan masyarakat terkini. Samada ahli atau bukan ahli PAS , ramai yang menanti apakah keputusan yang telah dicapai oleh AJK PAS pusat dalam menangani isu ini dengan sebaiknya.

EGM tidak menjadi kenyataan tetapi pendekatan mengadakan seminar politik kepada semua kepimpinan PAS peringkat cawangan sehingga yang tertinggi telah diputuskan unt diadakan pada satu masa yang telah ditetapkan.Begitu juga Jawatankuasa Politik Parti akan menyiasat segala tuduhan dan dakwaan khususnya terhadap kepimpinan PAS di negeri Selangor.

Apakah AJK PAS pusat telah mendengar segala penjelasan TGNA berkaitan isu yang telah dibangkitkan oleh beliau berkaitan saranan mengadakan EGM dan menyingkirkan beberapa orang kepimpinan PAS Pusat ?

Apakah TGNA telah mengemukakan segala bukti yang sahih yang mendakwa bahawa beberapa orang pimpinan tertinggi PAS adalah pro UMNO dan sedang melaksanakan rancangan bergabung dengan Umno ?

Sekiranya bukti-bukti itu ada dan sahih maka tindakan disiplin atau apa sahaja yang ada dalam peruntukkan perlembagaan PAS perlulah dikenakan ke atas pimpinan tertinggi PAS yang dimaksudkan itu.Tiada simpati atau kompromi di atas hal tersebut.

Begitu jugalah halnya sekiranya TGNA tiada dapat mengemukakan bukti-bukti yang sahih atas dakwaan beliau tersebut dan ianya sekadar andaian , maka TGNA wajar sekali dikenakan tindakan disiplin atau apa sahaja yang ada dalam peruntukan perlembagaan PAS. Dalam hadith nabi s.a.w mahfumnya menyebut " Sekiranya fatimah ini mencuri pasti lah aku akan memotong tangannnya "

Hendaklah AJK PAS Pusat berlaku adil dan tegas ke atas siapa sahaja yang dirasakan menjadi punca masalah kepada Parti. Sekiranya ketegasan dalam melaksanakan amanah parti tidak dilaksanakan maka sudah tentu lah segala fitnah akan mudah dijadikan strategi bagi menjatuhkan kepimpinan Parti.

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa dalam Seminar politik yang akan di adakan nanti ada cadangan untuk menjemput Dr. Abdul Aziz Bari sebagai salah seorang pembentang kertas kerjanya. Adalah sangat melucukan bahawa orang yang menjadi punca kegawatan dengan analisa dangkal beliau dalam menyarankan penyingkiran kepimpinan PAS yang difitnahnya sebagai Pro Umno maka orang yang sama ini pula mahu dijemput untuk mengajar dan mendidik ahli-ahli PAS tentang politik ? Nampak sungguh mereka yang mencadangkan nama beliau ini sebagai salah seorang pembentang kertas kerja masih tidak berputus asa dengan agenda politik mereka untuk mengelirukan ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak PAS yang ada.

Apa yang menarik juga bahawa terdapat keputusan untuk menyiasat kepimpinan Pas Se langor melalui Jawatankuasa Disiplin parti. Hamba mencadangkan agar di soal-siasat
dahulu mereka yang menuduh kepimpinan PAS Selangor yang dikatakan Pro Umno itu untuk memberikan bukti-bukti sahih kepada Jawatankuasa Disiplin parti terhadap dakwaan mereka tersebut. Tindakan tegas wajib diambil sekiranya terdapat bukti-bukti yang sahih kepada mereka yang berkenaan.

Sekiranya mereka yang membuat dakwaan tidak dapat memberikan bukti-bukt yang sahih atas dakwaan mereka maka mereka juga perlu dikenakan tindakan disiplin yang tegas atas dakwaan fitnah mereka.

Jawatankuasa Disiplin Parti perlulah menjalankan tugas mereka dengan telus dan tegas " without fear and favour " agar segala kegiatan yang boleh memusnahkan ikatan ukhuwwah sesama ahli jemaah dapat dihindarkan dari akar umbinya dan dalang yang menjadi kuda tunggangan pihak luar bagi memecah-belahkan perpaduan parti dapat dikenalpasti dan dihapuskan sama sekali dari Jemaah PAS.

Semoga Allah swt menyelamatkan bahtera PAS daripada mereka yang tidak berwala' kepada kepimpinan Ulama dan semoga kepimpinan Ulama PAS dapat dipertahankan dan dibela demi perjuangan Islam.

wal aqibatulil muttaqin.

Wednesday, October 28, 2009

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat berkaitan EGM

Salam keimanan ,

Pada malam dan detik ini berlangsunglah satu mesyuarat diantara seluruh kepimpinan PAS peringkat pusat berkaitan tulisan TGNA yang menggesa di adakan satu EGM bagi mengambil keputusan menyingkirkan beberapa pimpinan tertinggi PAS ekoran ulasan yang telah dibuat oleh Dr. Abdul Aziz Bari berkaitan kekalahan PAS didalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini.

Adalah menjadi satu sejarah bahawa dengan hanya satu analisa politik yang dirasakan agak dangkal penilaiannnya daripada seorang tokoh di luar parti PAS yang tidak menunjukkan komitmen kepada penegakkan syariat Allah swt maka PAS terpaksa membuat satu mesyuarat untuk menyingkirkan kepimpinan tertingginya seperti saranan Mursyidul Am TGNA.

Dalam pengalaman hamba melalui liku-liku perjuangan PAS dimana PAS telah acapkali mengalami kekalahan pilihanraya tiada pula suara-suara sebelum ini yang meminta diadakan mesyuarat setiap kali berlaku kekalahan itu untuk menukar kepimpinannya.

Apakah apabila PAS telah diyakini oleh ramai golongan profesyenal sekular maka hal ini akan menjadi satu " presedence " iaitu setiap kali kalah dalam pilihanraya maka PAS akan mengadakan mesyuarat bagi menyibgkirkan kepimpinannnya ?

Siapakah Dr. Abdul Aziz Bari yang ulasannnya sangat terkesan pada fikiran TGNA sehingga beliau dengan begitu mudah meminta diadakan EGM bagi menyingkirkan kepimpinan PAS seperti yang disarankan oleh Dr. Abdul Aziz Bari tersebut.

Kemungkinankah Dr. Abdul Aziz Bari adalah setaraf dengan Al Imam Hassan Al Banna ataupun setidak-tidaknya sebaris dengan Prof. Dr. Yusuf Qardhawi maka dengan itu TGNA sangat terkesan dengan saranan beliau tersebut.

Melihat kembali catitan TGNA didalam " Blog Rasmi" beliau tersebut beberapa persoalan timbul dibenak hamba. Pertamanya TGNA dirasakan memang seorang insan yang diberikan kelapangan dan kekuatan di sisi Allah swt bahawa dalam segala kesibukan beliau sebagai Ketua Kerajaan Negeri yakni sebasgai MB yang tentunya sangat sibuk dengan segala tugas-tugas resminya apatah lagi dengan program ceramah serta kuliahnya , beliau juga masih berkelapangan dalam usia dan tahap kesihatan beliau yang uzur itu menulis di blog beliau. Sudah tentunya beliau akan membawa Laptop dimana sahaja beliau pergi untuk meng "upgrade" kan maklumat didalam Blog beliau tersebut. Ini sudah tentu satu karomah besar bagi beliau yang dikurniakan oleh Allah swt.

Hamba juga membaca hadith dan ayat al quran yang dicatit beliau sebagai kiasan dalam blog beliau tersebut bahawa boleh menegur pemimpin. Adalah jelas menerusi hadith dan ayat Al Quran yang dirujuk TGNA , Allah swt menegur Rasulullah s.a.w tetapi teguran Allah swt itu sekadar satu teguran bukan berupa hukuman Allah swt ke atas Nabi s.a.w dan bukan pula Allah swt menutup tugas kenabian atau nubuwwah Rasulullah s.a.w. atas teguran yang telah Allah swt nyatakan ke atas kekasihnya s.a.w yang mulia itu. Bagaimanakah kiasan TGNA menerusi hadith dan ayat al quran yang dijadikan rujukan beliau itu sehingga beliau mengambil keputusan mengesyorkan supaya diadakan EGM bagi menyingkirkan kepimpinan PAS. Syor beliau tersebut bukannya berbentuk teguran tetapi lebih kepada menghukum. Hal ini dirasakan sangat tidak menepati kiasan ayat Al Quran dan Al Hadith yang telah beliau buat rujukan tersebut.

Sejak bilakah sejarah dalam PAS bahawa setiap kali kalah dalam pilihanra PAS akan membuat EGM menyingkirkan pimpinannya ?.

Sejak bilakah dengan satu saranan atau ulasan orang diluar parti yang tidak terlibat sedikitpun dengan survival PAS dalam senario politik negara yang menyarankan PAS perlu menyingkirkan pimpinannya bila kalah di pilihanraya Bagan Pinang maka PAS perlu membuat EGM dan meminta ahlinya menyingkirkan pimpinannya ? Apakah PAS sudah tidak ada integriti , maruah dan kewibawaan sehingga perlu menerima arahan sekadar dari satu ulasan orang di luar parti ? Masya Allah.

Apakah dengan EGM yang dibuat parti-parti BN maka PAS perlu jadikan contoh untuk menyingkirkan pimpinannya ? Apakah TGNA memahami bahawa EGM MCA disebabkan berlaku skandal sex dikalangan pimpinannya sehingga menjejaskan maruah Parti MCA itu sendiri di mata rakyat maka perlu satu EGM dilaksanakan bagi membersihkan imej MCA yang telah tercalar itu...adakah berlaku skandal sex dalam kepimpinan PAS..?

Umum mengetahui bahwa EGM dalam parti MIC disebabkan berlaku penentangan terhadap kepimpinan presiden MIC yang dinilai kebanyakkan orang sebagai bersifat diktatorship. Apakah ada dikalangan pimpinan PAS yang bersifat demikian ?

Dan umumnya mengetahui era Najib Tun Razak UMNO mengadakan EGM untuk mebuat penambah-baikan atas beberapa klausa perlembagaan yang dirasakan mereka tidak demokratik...apakah berlaku amalan tidak demokratik dalam PAS ? Apakah muktamar yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan sikap PAS yang terbuka dan telus dalam pemilihan kepimpinannya.

Apakah pemilihan kepimpinan PAS yang telah mendapat sokongan majoriti ahli PAS itu masih tidak sah maka satu EGM perlu dibuat untuk penyingkiran mereka yang berkaitan HANYA DENGAN SATU ULASAN ORANG YANG BERNAMA ABDUL AZIZ BARI..? Masya Allah Abdul Aziz Bari memang dirasakan hebat di saat ini malah dirasakan mengatasi tahap kemursyidul Am TGNA sendiri.

PRO UMNO ? inilah isunya....sebagai pakar undang-undang sekular apakah Abdul Aziz Bari menggunakan prinsip undang-undang sekular itu sendiri yang beliau menjadi pakarnya dalam menyarankan penyingkiran kepada beberapa kepimpinan tertinggi PAS.

" Anyone is innocent until he s proven guilty " inilah prinsipnya...apakah bukti pro umno itu...sekadar minum bersama oreang-orang umno di lobby parlimen itu sudah pro umno ? apakah abangnya menteri umno maka adiknya dalam PAS itu sudah dikira Pro UMNO juga ? berilah bukti yang jelas yang nyata jangan kita menjadi punca fitnah tersebar.

Bagi pejuang Islam kembali lah kepada prinsip keadilan Islam apabila kita hendak mengadili seseorang. " Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana adil itu mendekatkan kamu kepada taqwa "

Mengapakah tidak menggunakan seluruh saluran parti yang ada untuk menyelesaikan segala keraguan. Mengapa mudah melatah ? mengapa mudah berperasangka sesama ahli jamaah ?

Hamba secara peribadinya merasakan bahawa tulisan di blog TGNA dalam isu ini adalah bukan dari catitan TGNA tetapi adalah catitan orang lain yang mempunyai agenda yang mereka sendiri mengetahuinya.

Semoga Allah swt memberikan kita semua taufiq dan hidayah dan jangah menjadi pemusnah gerakan Islam.

Wal aqibatul lil muttaqin.

Dengan Nama ALLAH robb yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang

Salam Keimanan ,

Alhamdulillah..Segala puji bagi Robb-ku yang memiliki segala sesuatu pada setiap tarikan dan hembusan nafas yang keluar serta kerlipan mata yang melihat yang zohir mahupun yang batin di alam maya ini. Selawat dan salam bagi junjunganku yang mulia yang merupakan kekaseh Robb-ku yang darinya asbab atasku menerima Iman , Islam dan Ehsan.

Hamba ucapkan syukur kehadrat Robb-ku kerana dengan izinnya jua dapatlah kiranya hamba membuka Blog hamba ini yang telah sekian-kalinya didaftarkan pada suatu masa terdahulu demi melaksanakan satu tanggung-jawab bersama membawa diri hamba dan manusia amnya agar lebih hampir ke hadrat Robb-nya atas nama amanah.

Semoga Allah swt memberikan hamba yang lemah dan kerdil ini akan kekuatan untuk melaksanakan amanah menyatakan kebenaran yang bukannnya dari rasa angkuh dan bangga diri , sum'ah dan riak tetapi bertitik tolak dari Kitabullah dan As Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan hidup di sepanjang zaman hinggalah di yaumil qiyamah.

Hamba merasakan Blog ini insya Allah akan bersifat umum dan universal dalam membicarakan segala persoalan kehidupan spiritual , mental dan fizikal , duniawi dan ukhrawi serta dimana dan dari mana sahaja persoalan itu timbul tanpa bersifat khususiah atas satu-satu topik yang menjadi kecenderungan kebanyakan bloggers.

Hamba memohon kurnia perlindungan dari sisi Allah swt agar segala yang sedang dan akan di catit nanti bukan timbul dari nafsu ammarah bissu' tetapi agar ianya lahir dari keikhlasan pandangan yang haq dari sisi Allah swt agar dengannya menjadi amal soleh untuk dipertanggungjawabkan di yaumil mahsyar nanti.

Semoga ulasan-ulasan yang akan diberikan nanti dari penjengok-penjengok Blog hamba ini , terhadap pandangan-pandangan kerdil dari hamba yang dhoif ini dapat diberikan secara ikhlas dan membina agar dengannya hati pun menjadi tenang dan ikatan ukhuwwah sesama insanpun dapat terjalin dalam mengharap redho Allah swt.

Ilahi anta maksudi waridhoka matlubi. Ya Allah engkau jualah yang kumaksud dan keredhoaanmu jua-lah yang kutuntut.Ameen.

wal aqibatul